Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLY),
pengedar rasmi motosikal berjenama Yamaha khususnya dalam kategori
kapcai, telah memperkenalkan model edisi istimewa Yamaha 125ZR GP
Edition. Motosikal dengan enjin dua lejang berkuasa itu didatangkan
dalam warna biru sebagai tambahan kepada dua lagi warna merah dan hitam.
Petang tadi saya sempat melihat
motosikal itu di bandar Alor Setar, pada mulanya saya menyangka bahawa
125ZR berwarna biru itu hanyalah versi special edition biasa,
rupa-rupanya itu adalah versi GP Edition. Perkataan GP Edition tertulis
di atas kod bar (bar code) yang dilekatkan ke atas kusyen motosikal itu.
Tetapi apa yang menghairankan saya ialah, walaupun di kod bar tertulis
perkataan Y 125ZR GP Edition (sila rujuk kepada gambar di atas), namun
tiada sebarang lencana GP Edition pada motosikal itu. Ini amat berbeza
sekali dengan sebuah lagi model edaran HLY iaitu Yamaha 135LC GP Edition, dengan jelas kita boleh lihat lencana GP Edition pada model yang mendapat sambutan hangat itu.
Menurut maklumat yang saya perolehi tadi, Yamaha 125ZR GP Edition dijual
dalam jumlah yang terhad dengan tawaran harga kira-kira RM8,600.00
seunit. Kepada yang berminat, anda perlu dapatkan motosikal Yamaha 125ZR
ini segera kerana HLY mungkin akan memberhentikan pengeluaran motosikal
dua lejang sporty itu pada bila-bila masa.
contoh gambar moto 125zr yang terbaru dari kilang =
No comments:
Post a Comment